Pages

Saturday 28 April 2012

TAMBAH DAN TOLAK : KAEDAH 7 (VIDEO)

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Murid sekolah zaman sekarang ni semua semakin advance. Cara penerimaan mereka terhadap sesuatu ilmu juga berbeza. Tidak seperti zaman kita sekolah dulu. Kita hanya mengajar dengan kapur, papan tulis dan mulut. Murid sekarang, kalau kita ajar dengan kaedah lama, confirm semua mengantuk dan cuma bermain tanpa menghiraukan kita.

Untuk menarik minat murid mendengar dan menumpukan perhatian pada pengajaran kita, cikgu selalunya akan selitkan video- video (kartun) seperti Upin- Ipin dan sebagainya. Ada satu video yang anak-anak murid cikgu suka nak tengok. Video tersebut sebenarnya petikan daripada sebuah cerita di channel Al- hijrah yang bertajuk PADA ZAMAN DAHULU.


Menarik bukan? Mugkin part mengira tu cuma sedikit, tapi ianya berbentuk lagu. Pastinya anak- anak murid akan selalu ingat bahagian tersebut. Ini sesuai ditayangkan pada pengenalan kepada kaedah TAMBAH.

Seperti anak- anak murid cikgu, selepas mendengar video ini, mereka semua asyik bernyanyi lagu yang Sang Buaya tersebut nyanyikan. Selepas itu, boleh la kita mengajar mereka lagu tersebut dengan menggunakan ayat matematik yang lain..

SELAMAT MENCUBA

SUKATAN PELAJARAN

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Ketika cikgu sibuk membaca aritkel- aritkel di blog- blog kawan yang lain, cikgu terlihat 1 pautan link yang cikgu rasa boleh dikongsi di sini. Ini adalah pautan Sukatan Pelajaran  di Malaysia. Sekadar ingin berkongsi..

Sila klik di di sini

Wednesday 25 April 2012

TAMBAH DAN TOLAK : KAEDAH 6

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Untuk kaedah yang ke-6 ini, cikgu nak kongsi 1 kaedah yang di sebut sebagai PEMBILANG INTERAKTIF. Mari kita tengok bagaimana..

AKTIVITI: PEMBILANG INTERAKTIF       

 i. Sebutkan ayat matematik 8 + 5 = ?



ii. Tangan kiri pegang hujung pembilang seperti pada gambar di atas.




iii. Tolak manik dari hujung satu persatu sehingga 8 biji


iv. Tolak lagi lima biji manik



v. Kira semua manik yang ditolak itu.

vi. Sebut semula ayat matematik yang lengkap

8 + 5 = 13


SELAMAT MENCUBA





Tuesday 24 April 2012

KAEDAH 5: JOM MENGIRA

Assalamulaikum/ Salam Sejahtera..

Kesibukan kerja buat cikgu tidak ada masa untuk update entry. Tapi untuk tidak menghampakan hati pembaca dan juga niat cikgu tidak mahu berhenti berkongsi, cikgu nak kongsi 1 lagi kaedah pengajaran di dalam kelas untuk tajuk Tambah dan Tolak hari ini..

AKTIVITI: JOM MENGIRA!



  1. Minta murid mengambil 1 Lembaran kerja daripada cikgu.
  2. Minta murid- murid melihat kepada bilangan batang lidi yang terdapat pada ruangan simbol. 
  3. Kemudian minta murid- murid untuk mengira bilangan batang tersebut mengikut contoh beserta jawapan.
  4. Minta murid tulis bilangan lidi tersebut dalam bentuk ayat matematik di atas lembaran kerja.
  5. Cikgu boleh menyemak jawapan bersama- sama dengan murid.

Ini contoh lembaran kerja  cikgu. Cikgu/ Ibu bapa boleh buat soalan yang lain juga.. :)

Strategi ini adalah untuk mengajar tajuk penambahan dan anda boleh menambah bilangan kad dot mengikut keperluan kelas.


VIDEO PILIHAN

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Cikgu ingin berkongsi 1 video. Video ni adalah 1 slot masa cikgu tengah mengajar di dalam kelas.

Untuk memudahkan, boleh klik link di sini


Sekian..

Wednesday 18 April 2012

TAMBAH DAN TOLAK: KAEDAH 4


Assalamualaikum/ Salam sejahtera..



Hari ini cikgu berkesempatan untuk mengemaskini info di blog cikgu. Kita masih lagi berbincang mengenai kaedah untuk mengajar murid/anak mengenai tajuk TAMBAH DAN TOLAK.

Ada yang pernah bertanya cikgu,

"Cikgu, macamana nak bagi anak- anak murid kenal dan faham simbol- simbol tambah, tolak dan sama dengan sebelum mereka pandai mengira? Ada kaedah mudah tidak?"

Soalan ini mengajak cikgu untuk berkongsi 1 lagi aktiviti yang cikgu pernah buat di dalam kelas untuk membantu anak-anak murid cikgu faham dengan topik ini.


AKTIVITI : JUTAWAN FAKIR

  1. Bentukkan 6 kumpulan murid dan lantik seorang ketua.
  2. Ketua kumpulan ambil satu sampul surat dan bukan sampul surat itu.
  3. Setiap kumpulan perlu mencari lagi objek yang sama dengan diiringi muzik latar.
  4. Berhenti mencari objek apabila muzik diberhentikan.
  5.  Seorang wakil daripada setiap kumpulan murid tampil ke hadapan dengan membawa kesemua objek yang  dikumpul.
  6. Jawab soal pengajar.
  7. Ketua kumpulan murid sebutkan ayat matematik. Cth: (2 dan 3 jadi 5)
  8. Minta murid dengar penerangan  mengenai konsep penambahan.
  9. Pengajar memperkenalkan simbol tambah dengan menggunakan kad simbol. 
  10. Minta salah seorang daripada murid ambil satu kad simbol daripada pengajar.
  11. minta murid sentuh kad simbol tersebut.
  12. Susun kad nombor dan kad simbol berdasarkan objek yang telah dikumpul. 
  13. Wakil kumpulan akan menulis ayat matematik di papan tulis.


Nampak panjang penerangan, tapi sebenarnya mudah untuk dilaksanakan. 

Selamat mencuba :)

Monday 16 April 2012

TAMBAH DAN TOLAK : KAEDAH 3

Assalamulaikum/ Salam Sejahtera..

Hari ni cikgu nak kongsi 1 video yang menarik untuk kita tunjukkan kepad murid/anak kita. Komunikasi dalam bentuk visual juga penting dalam menarik minat dan menambah pengetahuan serta kemahiran murid/anak dalam subjek matematik :)

Video ini cikgu dapati dalam laman Youtube. Walaupun ianya dalam Bahasa Inggeris, tapi ianya mudah difahami oleh golongan kanak- kanak.



OPERASI TAMBAH LINGKUNGAN 10



OPERASI TAMBAH 2 DIGIT







OPERASI TOLAK  LINGKUNGAN 10



OPERASI TOLAK 2 DIGIT


Cadangan cikgu, kita tunjukkan mereka video ini, tapi kita terangkan di dalam Bahasa Melayu supaya murid/anak lebih mudah faham. Menggunakan Bahasa Inggeris juga digalakkan untuk membantu murid/anak belajar Bahasa Inggeris.

Selamat mencuba :)

PELAJAR KITA TANGGUNGJAWAB KITA