Untuk kaedah yang ke-6 ini, cikgu nak kongsi 1 kaedah yang di sebut sebagai PEMBILANG INTERAKTIF. Mari kita tengok bagaimana..
AKTIVITI: PEMBILANG INTERAKTIF
i. Sebutkan ayat matematik 8 + 5 = ?
ii. Tangan kiri pegang hujung pembilang seperti pada gambar di atas.
iii. Tolak manik dari hujung satu persatu sehingga 8 biji
iv. Tolak lagi lima biji manik
v. Kira semua manik yang ditolak itu.
vi. Sebut semula ayat matematik yang lengkap
8 + 5 = 13
SELAMAT MENCUBA
Penerangan cikgu tentang langkah-langkah mengira tambah atau tolak sangat jelas dan mudah diikuti. Saya berpendapat blog cikgu boleh dimanfaatkan oleh rakan-rakan guru Matematik yang lain. Tahniah Cikgu Nor'lizam. Satu usaha yang bersungguh-sungguh dalam membina blog pendidikan ini.
ReplyDelete