Kesibukan kerja buat cikgu tidak ada masa untuk update entry. Tapi untuk tidak menghampakan hati pembaca dan juga niat cikgu tidak mahu berhenti berkongsi, cikgu nak kongsi 1 lagi kaedah pengajaran di dalam kelas untuk tajuk Tambah dan Tolak hari ini..
AKTIVITI: JOM MENGIRA!
- Minta murid mengambil 1 Lembaran kerja daripada cikgu.
- Minta murid- murid melihat kepada bilangan batang lidi yang terdapat pada ruangan simbol.
- Kemudian minta murid- murid untuk mengira bilangan batang tersebut mengikut contoh beserta jawapan.
- Minta murid tulis bilangan lidi tersebut dalam bentuk ayat matematik di atas lembaran kerja.
- Cikgu boleh menyemak jawapan bersama- sama dengan murid.
Ini contoh lembaran kerja cikgu. Cikgu/ Ibu bapa boleh buat soalan yang lain juga.. :)
Strategi ini adalah untuk mengajar tajuk penambahan dan anda boleh menambah bilangan kad dot mengikut keperluan kelas.
No comments:
Post a Comment