Pages

Monday, 9 April 2012

TAMBAH DAN TOLAK : KAEDAH 1

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Apa khabar cikgu- cikgu, ibu bapa dan mungkin juga murid- murid yang pembaca semua? Sebagai seorang guru kepada murid-murid, anak- anak dan kawan- kawan, kita harus tahu yang mengajar dan belajar haruslah dengan kaedah yang betul dan menarik supaya memudahkan kita untuk memberi dan menerima sesuatu dengan cara yang mudah dan senang. Terutamanya untuk subjek Matematik. Matematik sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jika punya kreativiti dan idea yang bernas, sudah pasti semuanya mudah untuk kita.

Untuk entri yang pertama, cikgu rasa ada baiknya kalau kita mula dengan topik pertama dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah  Matematik Tahun 1, iaitu bidang NOMBOR DAN OPERASI. Untuk bulan ni, cikgu nak fokus pada tajuk Tambah dan Tolak.

Seperti yang kita tahu, tidak semua murid atau anak- anak yang cepat belajar kaedah Tambah dan Tolak.

Hari ni cikgu ingin berkongsi bagaimana kita mengajar untuk murid- murid/ anak- anak untuk mengenal pasti pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.

Kaedah 1 : Penyediaan Bahan

a) Sediakan beberapa biji gula-gula contohnya.
b) Letakkan sebahagian daripada gula- gula tersebut di luar balang.
c) Minta murid- murid/ anak-anak perhatikan apa yang mereka lihat.
d) Minta murid- murid kira berapa bilangan gula- gula yang terdapat di dalam balang. Kemudian diikuti dengan  mengira bilangan gula-gula yang tedapat di luar balang.
e) Kemudian minta murid- murid/ anak-anak menjumlahkan semua gula-gula yang terdapat pada kedua- dua tempat. Seperti dalam gambar di bawah


Mudah bukan?

No comments:

Post a Comment