Hari ini cikgu nak berkongsi 1 lagi kaedah pembelajaran dan pengajaran. Nak bagi murid- murid/ anak- anak yang baru berusia 7 tahun dan ke bawah faham kaedah tambah dan tolak bukanlah mudah.
Secara amnya,terdapat 2 model yang selalu digunakan untuk mengajar murid- murid/ anak- anak, iaitu:
Kali ini cikgu ingin berkongsi 1 kaedah/ aktiviti yang guru/ibu bapa boleh aplikasikan terhadap murid- murid/ anak- anak untuk membantu mereka menguasai matematik dengan cepat dan mudah :)
NAMA AKTIVITI: LANGKAH KU KIRA
Untuk aktiviti ini, kita boleh menyediakan nombor- nombor dengan menggunakan kertas F4 dan sambungkan kertas- kertas bernombor mengikut urutan 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 dan seterusnya dengan menggunakan gam kertas. Bentukkan kertas2 bernombor tersebut seperti dalam rajah di atas.
1) Minta murid- murid/ anak- anak memerhatikan soalan matematik yang kita sediakan di papan tulis.
Contoh:
1 + 3 = 4
3) Arahkan murid- murid/ anak- anak bergerak 3 kotak ke hadapan sambil menyebut 1,2,3 beramai- ramai (Bilangan langkah adalah bergantung kepada soalan).
4) Nombor di kotak berhenti yang terakhir dipijak adalah jawapannya.
5) Tulis ayat matematik tersebut.
6) Sebut beramai- ramai "Satu tambah tiga sama dengan empat."
Untuk kaedah tolak pula, aktiviti ini juga boleh diaplikasikan iaitu dengan cara mengundur ke belakang. Contoh:
8 - 4 = 4
1) Arahkan murid/anak melangkah ke kotak nombor 8. (Bergantung pada soalan)
2) Arahkan murid/ anak bergerak 4 kotak ke belakang sambil menyebut 1,2,3,4 beramai- ramai. (Bilangan langkah adalah bergantung kepada soalan)
3) Nombor di kotak terakhir yang dipijak adalah jawapannya.
4) Tulis ayat matematik tersebut.
5) Sebut beramai- ramai " Lapan tolak empat sama dengan empat."
Nah, mudah bukan? Dengan cara ini,pasti mereka dapat menguasai kaedah tambah dan tolak dengan cara membuat urutan menaik dan menurun. Libatkan semua murid- murid di dalam kelas.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment